Friday, December 14, 2007

..::BEBERAPA PETANDA ORG YG JATUH CINTA::.. hahahaha...(is dat real..???)

Bila kamu bersama seseorang yang istimewa, kamu berpura² tidak melayan orang itu. Tapi bila orang itu tiada bersama, kamu akan tercari²nya. Pada masa itu, kamu di lamun cinta.

Walaupun ada orang lain yang selalu membuatkan kamu tertawa, pandangan kamu dan perhatian kamu mungkin akan ditumpukan kepada orang yang istimewa itu. Maka, kamu sedang di lamun cinta.

Walaupun orang yang istimewa itu sepatutnya menelefon semula untuk memberitahu dia selamat sampai, tetapi telefon kamu tidak berdering. Kamu sangat menantikan panggilan itu!! Pada masa itu, kamu sedang di lamun cinta.

Jika kamu sangat gembira dengan email ringkas dari seseorang yang istimewa berbanding email yang panjang lebar dari orang lain, kamu sedang di lamun cinta.

Apabila kamu mendapati dirimu tidak dapat memadam semua email atau mesej di telefon bimbit anda kerana satu mesej dari seseorang yang istimewa, kamu sedang di lamun cinta.

Apabila kamu memperolehi dua keping tiket menonton wayang percuma, kamu tidak teragak² memikirkan seseorang yang istimewa itu. Maka, kamu sedang di lamun cinta.

Kamu sering mengatakan kepada dirimu sendiri, "orang yang istimewa itu hanya sekadar seorang kawan", tetapi kamu menyedari kamu tidak mengelak daya tarikan istimewa orang itu. Pada ketika itu, kamu sedang di lamun cinta.

No comments: